Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

22 January 2013

Apa tujuan hidup manusia?

Assalamualaikum wbt.

Allah SWT menciptakan manusia untuk berada di muka bumi ini bukannya untuk suka-suka. Bukannya untuk saja ingin memenuhi setiap inci bumi ini. Tetapi ada tujuan khasnya. Iaitu untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah.
  • Ibadah 
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" (51:56) 
  •  Khalifah
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.' Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?' Dia berfirman, 'Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.' " (2:30)
Kita telah diberikan amanah yang besar ini oleh Allah SWT, maka dengan itu kita seharusnya memegang amanah ini dengan sebaik-baiknya. Ya sememangnya amanah yang diletakkan di atas bahu kita ini bukanlah calang2 amanah. Ianya amanah yang sangat berat sehinggakan gunung-ganang, langit dan bumi semuanya menolak amanah ini kerana bimbang mereka tak mampu untuk menampungnya. 
"Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh." (33:72)

Apakah amanah ini sebenarnya? Ianya adalah ISLAM. Setelah amanah ini ditolak oleh langit, bumi dan juga gunung-ganang, Allah telah meletakkan amanah ini kepada manusia. Wahai manusia, janganlah risau akan beratnya amanah ini. Ingatlah bahawa Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya melebihi apa yang termampu untuk ditanggung. 

Apa2pun ini bukan bermakna hidup kita ini hanya perlu dipenuhi oleh ibadah dan menyampaikan kebenaran Islam sahaja. Ingat semula bahawa kita ada Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. 

Dunia ini hanyalah tempat untuk kita menyemai, menanam tanaman kita dan akhirat adalah tempat untuk kita menuai hasil tanaman itu. Janganlah penat untuk mengumpul pahala dan amal kebajikan sementara roh masih ada pada jasad kita kerana Allah telah menjanjikan syurga buat hamba2Nya yang beriman kepadaNya. InsyaAllah. 

Akhir sekali, jom kita muhasabah diri. Apakah tujuan hidup kita ini sebenarnya? Adakah kita berada di landasan tujuan hidup yang benar? Adakah kita berusaha ke arah tujuan hidup kita yang sebenarnya? 

Wallahualam. Andai ada yang tersilap, tegurlah. Sungguh diri ini masih terkapai-kapai mencari redha Ilahi. 

12 January 2013

P I C T U R E S

Assalamualaikum wbt. 

 Just pictures! Enjoy! :)
In flight Amsterdam - Moscow
Schiphol Amsterdam Airport *besar airport ni
Moscow City
Dekanat a.k.a. Main Office. Ada kelas bahasa Ruski jugak kat sini.

  
Escalator to and from Metro/subway

Nasi arab di Moscow

View from my room at 13th floor

Dataran depan Red Square. tempat tumpuan pelancong.

St. Basil Cathedral

Moscow traffic

Love Autumn!

My hostel -PUSHKIN-

Random view 


Sedih + Gembira

Assalamualaikum wbt.

Air mata aku mengalir juga akhirnya. Ya Allah. berikanlah hambaMu ini kekuatan. Sungguh aku berasa hairan. Kenapa aku terlalu sensitif malam ini? Kenapa? Minggu ini sebenarnya merupakan minggu yang bahagia buat aku sebenarnya. Ada 2 perkara yang mengembirakan aku.

1. Alhamdulillah Ya Rab. Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah. Kenapa banyak sangat Alhamdulillah? Sebabnya buat pertama kalinya sejak aku mula belajar di sini, aku telah berjaya mendapatkan markah 5+ untuk colloq. Dan ouh ya, yang penting sekali adalah ianya colloq Anatomy. MasyaAllah! Sesungguhnya banyak betul dugaan sebelum ini. Selang 2 minggu belajar, kami semua akan hadapi colloq anatomy. Ya Allah banyak sungguh yang kena hafal. Tambah pulak lagi dengan colloq subjek lain which is Biology yang tak kurang banyaknya jugak. Segala Protozoa-protozoa semua. Dugaan! ok back to anatomy story. Boleh dikatakan semua colloq aku terpaksa repeat repeat dan repeat! Setiap minggu aku kena hadapi tekanan. Tekanan sebab asyik pending colloq. Bila dah lepas colloq yang repeat pun, lecturer just bagi markah paling tinggi pun 3 out of 5, walaupun aku dapat jawab semua soalan dengan jayanya. Ya Allah hancurnya hati aku. Tapi aku tetap pujuk hati aku yang semua ini dugaan Allah kepada hambaNya yang disayangi. Mungkin bukan rezeki aku lagi. So, hari khamis baru ni, Alhamdulillah aku bersyukur padaMu Ya Allah atas rezeki yang kau berikan. Terima kasih Ya Allah! :)

2. Alhamdulillah lagi :) setelah berminggu-minggu menunggu kehadiran bungkusan yang dipos oleh abah dan mama aku akhirnya hari ini yakni jumaat petang, aku telah dapat bungkusan tu! Wahh bahagia :) As soon as sampai bilik dan tunaikan rukun Islam yang kedua, apa lagi?? skype lah! :) Rindunya abah dan mama. Terima kasih abah terima kasih mama. Lama jugak ambil masa untuk abah and mama sediakan semua barang yang nak dipos tu. Susah payah, duit ringgit, masa dan tenaga abah mama. Terima kasih! Banyak jugak benda yang diaorang pos. :D Ada makanan segera, perencah2 masakan, minuman Hot Choco Cadbury(my fav choco drink ^_^), baju, kasut, krim untuk kulit(almaklumlah kat sini cuaca sejuk so senang betul kulit jadi kering. dugaan sungguh), asam jawa pun ada :p, pen, mentol and cabai melaka pun ada(ehh faham ka cabai melaka tu apa?kalau tatau sila search sendiri xD). Cabai melaka tu  perkara yang paling mama risaukan. Sebabnya benda tu barang dapur kira barang basah jugak la kan. haha. Bila bukak tadi memang dah agak rosak cabai melaka tu. Tapi disebabkan telah pos jauh2 ke sini, maka dengan itu aku pun berusahalah dengan sedaya upaya untuk memilih dan membasuh cabai yang masih boleh dimakan :D

Hah. Rasanya ini sahaja perkongsian daripada aku untuk post kali ni. Ada jugak selit few things about Russia kan >.<

*boleh pulak hilang mood sedih diawal2 post ni setelah menulis pasal cerita gembira aku ni :p La Tahzan wahai Zaiyana*

Wassalam.

*btw colloq adalah singkatan untuk word colloquium yakni dianggap sebagai test/exam untuk student di Moscow ni :) Student kat tempat lain such as Volgograd or what so ever tu aku tak tau la diaorang pakai term apa kan*


*okay maafla kekadang tulis aku, kekadang saya dalam previous post. haha sungguh diri ni dah lama tak menulis. masih mencari-cari kata ganti diri yang sesuai ^-^ *

04 January 2013

Welcome back!


Assalamualaikum wbt

Setelah berbulan-bulan lamanya saya menyepi daripada menulis blog, Alhamdulillah kini saya diberikan masa untuk update blog ni lagi J sebab sekarang ni tengah cuti seminggu sempena tahun baru, tahun 2013. 

Happy New Year! :D


Tahun Baru? Hurm.. mesti ramai yang dah tanam azam baru masing2 kan? Bagus3x J Teruskan dengan azam korg ya. Mudah2an azam tahun ni dapat tercapai sebelum munculnya lagi tahun baru. Ouh ya, dalam seronok2 sambut tahun baru nih, jgn pulak lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah Allah bagi kepada kita sepanjang tahun 2012 tau! :)

Kita perlu ingat juga bahawa dengan bertambahnya tahun, makin bertambahlah umur kita, maka makin dekatlah kita dengan kematian. InsyaAllah kita sama2 memperingatkan diri kita dengan hakikat yang sudah pasti akan tiba sama ada cepat atau lambat. Wallahualam. Kematian adalah sesuatu yg telah ditetapkan oleh Allah SWT sebaik sahaja roh kita ditiup ke jasad kita yg pada waktu itu masih di dalam perut ibu kita. 

Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, yg bermaksud;
“Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam Rahim ibu selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah (sperma), kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sengsara atau bahagianya…..”
[ Riwayat al-Bukhari dan Muslim ]

Ouh ya, meh nak kongsi sikit sebanyak kenangan2 saya dalam tahun 2012 J

Pada awal tahun 2012 saya masih menuntut di Unimas, Sarawak dlm kursus Asasi Sains Hayat. Alhamdulillah sepanjang berada di sana, banyak kenangan pahit manis suka duka yg saya dapat. Yang paling hebat dan Subhanallah adalah, saya dapat sahabat2 yg Subhanallah lah. Maaf.  Tiada kata2 yg dpt saya gambarkan bagaimana istimewanya sahabat2 saya tu. Alhamdulillah aku bersyukur padaMu ya Allah J

me, atie, piqah, atin, tiqah :)


Dalam pertengahan bulan Mei, saya telah menamatkan pengajian saya di Unimas J Alhamdulillah. Keputusan keseluruhan pun Alhamdulillah. Tapi dengan takdir Allah, keputusan yang saya dapat tu, tak cukup melayakkan diri ini melanjutkan peringkat ijazah dlm bidang Kedoktoran *skemanya aku* kat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas. Hurm. Yakinlah bahawa Allah knows the best! J *pujuk hati sendiri*

So takpa, hidup mesti diteruskan! Hurm, bulan August lepas raya aidilfitri bertambahlah seorang lagi abang ipar! Wee~~ Alhamdulillah kakak keduaku telah selamat diijab kabul J bulan September pulak! Kakak yg ketiga pulak bertunang. Hehe. Bakal bertambahlah lagi abang ipar! J ehh maka dengan itu, tinggallah daku keseorangan tanpa jodoh. :D Tidak mengapa wahai hati, LA TAHZAN J Jodoh bagi setiap org itu telah ditentukan olehNya. InsyaAllah samada cepat atau lambat, kita pasti akan bertemu dgn jodoh masing2. Tinggal sahaja sekarang ni berdoa agar dijodohkan dengan orang yang beriman. InsyaAllah. Allah telah berjanji, lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik, begitu juga perempuan yang baik itu untuk lelaki yg baik.

30hb Oktober; aku berlepas dari KLIA – Amsterdam – Moscow J Alhamdulillah aku dapat melanjutkan pelajaran di bumi Moscow. Course General Medicine. Hurm insyaAllah akan menempuh suka duka di sini selama 6 tahun. Moga diri ini terus tabah. Bukan senang sebenarnya hidup di perantauan ni. InsyaAllah next post saya akan kongsi cerita lagi kisah saya di bumi Moscow ni J
Ok, rasanya macam dah banyak sangat menulis ni. Nak sambung study anatomy! Killer subject for first year. Huhu. Doakan saya berjaya ya J

~anatomy anatomy anatomy~