Air mata aku mengalir juga akhirnya. Ya Allah. berikanlah hambaMu ini kekuatan. Sungguh aku berasa hairan. Kenapa aku terlalu sensitif malam ini? Kenapa? Minggu ini sebenarnya merupakan minggu yang bahagia buat aku sebenarnya. Ada 2 perkara yang mengembirakan aku.
1. Alhamdulillah Ya Rab. Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah. Kenapa banyak sangat Alhamdulillah? Sebabnya buat pertama kalinya sejak aku mula belajar di sini, aku telah berjaya mendapatkan markah 5+ untuk colloq. Dan ouh ya, yang penting sekali adalah ianya colloq Anatomy. MasyaAllah! Sesungguhnya banyak betul dugaan sebelum ini. Selang 2 minggu belajar, kami semua akan hadapi colloq anatomy. Ya Allah banyak sungguh yang kena hafal. Tambah pulak lagi dengan colloq subjek lain which is Biology yang tak kurang banyaknya jugak. Segala Protozoa-protozoa semua. Dugaan! ok back to anatomy story. Boleh dikatakan semua colloq aku terpaksa repeat repeat dan repeat! Setiap minggu aku kena hadapi tekanan. Tekanan sebab asyik pending colloq. Bila dah lepas colloq yang repeat pun, lecturer just bagi markah paling tinggi pun 3 out of 5, walaupun aku dapat jawab semua soalan dengan jayanya. Ya Allah hancurnya hati aku. Tapi aku tetap pujuk hati aku yang semua ini dugaan Allah kepada hambaNya yang disayangi. Mungkin bukan rezeki aku lagi. So, hari khamis baru ni, Alhamdulillah aku bersyukur padaMu Ya Allah atas rezeki yang kau berikan. Terima kasih Ya Allah! :)
2. Alhamdulillah lagi :) setelah berminggu-minggu menunggu kehadiran bungkusan yang dipos oleh abah dan mama aku akhirnya hari ini yakni jumaat petang, aku telah dapat bungkusan tu! Wahh bahagia :) As soon as sampai bilik dan tunaikan rukun Islam yang kedua, apa lagi?? skype lah! :) Rindunya abah dan mama. Terima kasih abah terima kasih mama. Lama jugak ambil masa untuk abah and mama sediakan semua barang yang nak dipos tu. Susah payah, duit ringgit, masa dan tenaga abah mama. Terima kasih! Banyak jugak benda yang diaorang pos. :D Ada makanan segera, perencah2 masakan, minuman Hot Choco Cadbury(my fav choco drink ^_^), baju, kasut, krim untuk kulit(almaklumlah kat sini cuaca sejuk so senang betul kulit jadi kering. dugaan sungguh), asam jawa pun ada :p, pen, mentol and cabai melaka pun ada(ehh faham ka cabai melaka tu apa?kalau tatau sila search sendiri xD). Cabai melaka tu perkara yang paling mama risaukan. Sebabnya benda tu barang dapur kira barang basah jugak la kan. haha. Bila bukak tadi memang dah agak rosak cabai melaka tu. Tapi disebabkan telah pos jauh2 ke sini, maka dengan itu aku pun berusahalah dengan sedaya upaya untuk memilih dan membasuh cabai yang masih boleh dimakan :D
Hah. Rasanya ini sahaja perkongsian daripada aku untuk post kali ni. Ada jugak selit few things about Russia kan >.<
*boleh pulak hilang mood sedih diawal2 post ni setelah menulis pasal cerita gembira aku ni :p La Tahzan wahai Zaiyana*
Wassalam.
*btw colloq adalah singkatan untuk word colloquium yakni dianggap sebagai test/exam untuk student di Moscow ni :) Student kat tempat lain such as Volgograd or what so ever tu aku tak tau la diaorang pakai term apa kan*
*okay maafla kekadang tulis aku, kekadang saya dalam previous post. haha sungguh diri ni dah lama tak menulis. masih mencari-cari kata ganti diri yang sesuai ^-^ *
No comments:
Post a Comment