Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

29 March 2011

Alhamdulillah...........

"Alhamdulillah.. syukur nikmat.. kepada Tuhan yang memberi rahmat..."
eh.. lagu Sh. Aini la plakk.. kihkihkih...

erm.. sebenarnya ana amatlah brsykur dgn segala nikmat yg telah ALLAH SWT telah kurniakan kepada diriku ini..

Sesungguhnya benarlahh janji2 ALLAH SWT...
bahawa sesiapa yg brbuat kebaikan, sudah pasti Allah akan membalas segala kebaikannya itu..
bukan hanya m'balas sama bnyk dengan apa yang telah insan itu lakukan tetapi m'balas dengan jumlah yg brlipat kali ganda.. SUBHANALLAH...

ahahh!! ni ada lgi prkongsian dengan kalian..mudah2an dpat m'beri sedikit ilmu pengetahuan kpada kalian.. INSYAALLAH....

Allah SWT telah bnyk m'berikan nikmat kepada hamba2Nya.. sama ada nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat anggota badan seperti mata...telinga...mulut...lidah...hidung...kaki...tangan...perut..., selain drpd tuu.. ada jugak nikmat kelazatan, nikmat kebahagiaan dan macam2 lagi larhhh...

Kalau nak dihitung berapa bnykkah nikmat yg Allah kurniakan kpada diri kita yg hina ini..MASYAALLAH..mmg xcukup spnjang hdup kta utk mengetahuinya.. seperti apa yang di firman oleh Allah SWT : 

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
(Surah an-Nahl, ayat 18)

Sekiranya Kita Bersyukur..Allah akan Menambah NikmatNya....

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai : setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang abadi' 

ok!!  secara umumnya.. nikmat Allah ni trbhagi kpada dua iaitu : 

  1. Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika mereka dilahirkan lagi..
  2. Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari semasa ke semasa..
ni ada serba sikit firman2 ALLAH SWT brkaitan ngan nikmat2Nya..

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." 
(Surah an-Nahl, ayat 144)

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." 
(Surah al-Naml, ayat 40)

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." 
(Surah Ibrahim, ayat 7)

sekian dahulu la yee post ana kali nii...
smoga kalian dpt pengajaran drpd post ari nii..

ya inngggsooommmm matakajiiii semanniii senghh...
tutup la sdah post niii...

28 March 2011

budakk baru blajar merangkak..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
sesungguhnya..dengan ini saia ingin mengumumkan pmbukaan blog SukaHatiGila.. hehehe...
erm actually.. bnyk gak la sbb2 yg telah menyebabkn blog ini trhasil..

1.   rasa jelez tgk kkwan len ada blog yg cun melecun..hhehe..
2.   rsa cm nk try gakk..rasa cm ok gak klu blog ni dpat menyebarkn ilmu.. :) jadi khalifah di bumi nii seperti apa tujuan sebenar Allah SWT mencipta manusia.. nih ada ckit prkongsian:

 TITLE: DIALOG ALLAH DENGAN PARA MALAIKAT

 Apabila Allah SWT hendak menjadikan manusia yang pertama di muka bumi ini, maka Allah SWT memberitahu para Malaikat bahawa Dia akan menjadikan sejenis makhluk yang berlainan daripada Malaikat dan juga tidak sama dengan makhluk2Nya yang lain pd waktu itu. Makhluk yang dimaksudkan itu adalah manusia. Manusia akan menjadi khalifah dimuka bumi ini untuk membangunkan dunia ini sebagai tempat menjalani kehidupan. Dialog Allah SWT dengan para Malaikat tentang kejadian awal manusia.

 Allah berfirman kepada Malaikat : "Aku akan menjadikan di atas muka bumi ini khalifah(yakni manusia)"

  Para Malaikat menjawab : "Apakah Engkau ya Allah akan menjadikan khalifah di atas muka bumi ini? mereka yang akan melakukan bencana dengan menumpahkan darah sesama sendiri, sedangkan kami makhluk yang sentiasa beribadat dengan bertasbih, bertahmid dan mengucap Subhanallah kepada Engkau." 

 Allah menjawab kepada para Malaikat : "Sesungguhnya aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui" (surah Al-Baqarah; ayat 30)

Dengan jawapan tersebut semua Malaikat akur dan mengakui bahawa sesungguhnya Alah SWT itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Lalu Allah menjadikan manusia walaupun mendapat bantahan daripada para Malaikat....

3.   juga atas pndangan kakakku!! ALYAA LIYANA aka ACIK!!
4.   atas galakan sorang sahabat nii.. ADAM..yang juga my first follower!! maceh..hehe :)
5.   tu jer kowt.. hihihihihi