Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

06 October 2014

Tahun Ketiga

Assalamualaikum wbt. (Salam sejahtera ke atas kamu)

Entry pertama bagi tahun 2014. Banyak yang dah berlaku. Suka duka. Semuanya hanya kekal menjadi kenangan dan memori hidup.

1 September 2014. Merupakan hari pertama bagi tahun ke-3 pembelajaranku di bumi soviet ni. Tekanan mula dirasai hari demi hari, minggu demi minggu. Sekarang dah masuk bulan ke-2 bagi semester 5. Colloq dah mula meredah tanpa mempedulikan aku. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana Allah sentiasa membantu aku melalui semua ujian yang diberikanNya. Sama ada ujian dari segi emosi atau pelajaran. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Hanya kepadaMu aku berdoa, meminta, berharap, mengadu dan bergantung.

Subjek yang dipelajari makin sukar, misalnya, Pharmacology, Pathology Anatomy, Pathology Physiology, Internal Diseases dan Special Microbiology.

5 Oktober 2014. Hari Raya Aidil Adha. Buat pertama kalinya aku tidak dapat solat sunat Aidiladha di Kedutaan Malaysia sebabnya ada kelas pada pagi tu. Tapi aku tetap pergi ke sana setelah tamat kelas. Malam raya, berkumpul di rumahku dan kami takbir raya bersama-sama. Dan buat kali pertamanya aku masak rendang! :) Alhamdulillah sedap kata teman serumah. Seperti biasa, hari rayaku tak lengkap tanpa lontong. Jadi tahun ni, aku masak lontong lagi and its much better than last year's.




Doakan agar aku dikurniakan kesabaran, ketabahan, kekuatan, petunjuk dari Allah SWT untuk menjalani hari-hari yang mendatang.

#esokadakelaspentingtapisempatupdatebloglagi:3

07 December 2013

Every Soul Shall Taste Death

Assalamualaikum wbt wahai semua bakal ahli kubur. 



Betul tak bahawa sesungguhnya kita semua ni merupakan calon wajib yang akan menjadi ahli kubur satu hari nanti?

Sedarkah kita bahawa ajal atau kematian itu seringkali mengejar kita tanpa mengira di mana jua kita berada. Walau di mana jua kita menyembunyikan diri, sesungguhnya ajal pasti akan menemui kita.

Tahukah kita bahawa ajal itu sentiasa datang menjenguk kita. Ada riwayat yang menyatakan ajal datang menemui kita 5 kali sehari, ada yang menyatakan 7 kali sehari ada yang menyatakan 2 kali sehari. Wallahua'lam. Tapi apa yang pastinya ajal itu boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Kita tidak tahu bilakah ajal kita tiba. Kita tidak tahu bagaimanakah sakaratul maut kita.

Mari kita rujuk satu peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya yang tidak akan pernah berubah dan yang akan kekal kandungannya, yakni kitab Al-Quran.

Surah Az-Zumar, ayat 42.

"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir."

Allahu, Alhamdulillah ya Allah kerana masih memberikan waktu dan peluang kepada kita untuk mengingatiNya, untuk memujiNya, untuk memikirkan kebesaranNya, untuk beribadah kepadaNya, untuk beriman dan taat kepadaNya.

Andai ajal kita tiba seminit yang akan datang ini, apakah yang sedang kita lakukan saat itu? Adakah hati kita sedang mengingatiNya atau adakah kita sedang leka dengan keseronokan dunia yang hanya sementara? Adakah ketika itu iman kita sedang berada di tahap yang tinggi atau iman kita berada di tahap yang rendah? Adakah saat itu, kita sedang melakukan dosa? Nauzubillah.

Astaghfirullahala'zim. Astaghfirullahala'zim. Astaghfirullahala'zim. Marilah kita berfikir sejenak amalan kita. Sama ada amalan kita selama ini merupakan amalan ahli syurga atau ahli neraka.

Sesungguhnya tazkirah yang paling berkesan adalah dengan mengingati mati.



p/s: Seandainya ajalku tiba lebih awal daripada kalian, ampunkan segala dosaku. Ampunkan segala salah dan silapku terhadap kalian. Ampunkan segala perbuatanku yang menyakitkan hati kalian. Ampunkan segala percakapanku yang mengguris hati kalian. Sungguh, aku hanyalah insan yang hina, yang tidak lari dari melakukan dosa dan kesilapan. Ampunkan aku.

05 May 2013

Apa nak jadi?

Sedih. Hampa. Kecewa. Semua ini apa yang aku rasa tatkala melihat saudara seagamaku yang diri mereka masih dijajah jahiliyah. Masih dijajah pemikiran sekularisme, yakni mengasingkan antara agama dengan perbuatan seharian, mengasingkan antara agama dengan pentadbiran, mengasingkan agama dengan pendidikan, mengasingkan agama dalam perbankan serta mengasingkan agama dengan  perundangan.

Siang tadi pergi teman rumet untuk bincang pasal Ini Sejarah Kita (ISK) dengan murabbiyah, sebabnya waktu daurah hari tu, dia tak dapat hadir. So, this is my third daurah that mentioned about ISK. First, waktu aku berada kat asasi di Unimas dulu. Second, dekat bumi Moscow, beramai2 dalam daurah. Third, dengan rumet terchenta. Okay, memandangkan aku dah 3 kali dapat input pasal ISK nih, sepatutnya aku dah amat sangat memahami dan pro dalam tajuk ni kan. InsyaAllah mudah2an. The main story was, just now we're imaging, how would this world turn into, if most of people on this earth, KNOW and UNDERSTAND ISLAM by using their heart/qalbu? How? MashaAllah! Our world will full of harmony, peace and bless. Subhanallah. Seronoknya!

Untuk mencapai suasana yang sebegitu di alam ini, apa yang penting sekali adalah, semua umat Islam perlu mula dari bawah. Perlu membina akhlak dan iman yang kukuh dalam diri masing2 dahulu sebelum bertindak di aras yang lebih tinggi, contohnya peringkat politik/kerajaan.

Semuanya kena bermula dengan MEMAHAMI apa itu ISLAM. Adakah kita hanya ingin menjadi Islam pada nama sahaja atau Islam yang sebenar-benar Islam iaitu dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan mengamalkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w..

Things to ponder!
Kenapa Allah wujudkan kita di bumi ini?  Adakah hidup kita ini hanya sia2? Jadi, jom kita fikir balik apa tujuan hidup kita? Boleh rujuk balik dua entry sebelum ni. Klik sini meh


*Sekularisme--> konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama. 
*ISK-Ini Sejarah Kita--> salah satu tajuk penting dalam silibus usrah/daurah, mengenai sejarah Islam umumnya.  

Wallahua'lam. Segala yang buruk itu datang daripada diriku sendiri, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT.