Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

01 November 2011

Final Exam

Assalamualaikum..

okay, sekarang ni dah mula busy dengan study sebab my FINAL EXAM is coming up!!!
Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini..
study week dah mula sejak hari sabtu tu lagi, sampailaa hari Isnin minggu depan...
ye laa..hari Selasa, 8/11/2011 exam dah mula!! pertempuran bermula!! haiyakk..hehe

dalam busy study ni, jangan pula lupa untuk beribadah kepada Allah, jangan ingat nak study jer, tapi tinggalkan ibadah.. nauzubillah minzalik..

kita perlu ingat Allah setiap masa, tak kira sama ada waktu kita senang atau susah..
jangan la cuma ingat Allah bila kita ditimpa masalah ja..


wahai sahabat..doakan daku ya..agar dipermudahkan urusanku..insyaAllah

22 October 2011

Busana Muslimah

 Assalamualaikum..

post kali ini ana nak cerita pasal Muslimh Day yang telah dijalankan di Kolej Seroja, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)..<<tempat ana study sekarang ni..
malam ni, ada program Busana Muslimah, yakni, pemakaian seorang perempuan mengikut syarak dan garis panduan dalam Islam. Ada banyak slot, antaranya slot untuk pemakaian sukan @ riadah, pemakaian kasual, dan pemakaian formal. Selain tu, ada juga cara untuk kita matching kan pakaian kita dengan tudung, armsocks/handsocks dan lain2.. Ada juga, tutorial cara2 pemakaian tudung bawal biasa, shawl/selendang/pashmina/etc.., dan tak lupa cara pemakaian tudung bidang besar (45,50,60) dengan lebih kemas..

macam2 ragam daripada pelajar2 UNIMAS terutamanya pelajar2 Asasi Sains kat sini, yang dah macam satu keluarga.. kami, para 'juru runding fesyen' juga ada menekankan tentang kepentingan menjaga aurat ketika memakai mana2 jua fesyen pakaian sekarang.. Asalkan pakaian tersebut memenuhi kehendak Allah..

mudah2an semua yang hadir pada malam tadi, mendapat hidayah daripada Allah untuk berubah ke arah yang lebih baik dan mulia agar mendapat keredhaan Allah SWT dalam menjalani kehidupan di muka bumi ni, yakni ciptaan Allah SWT.. INSYAALLAH...

sekian :)

16 October 2011

welcome back~~

assalamualaikum,,

dah lama yg tramat sgt dah tak update blog..bukan setakat bersawang tapi dah nak runtuh  plus reput pun..:D:D

thanks to adam yg selalu bagi galakan untuk terus meng'update' blog..rasanya kalau adam tak selalu mintak sy update blog mesti sy tak update ler.. sebab sekarang ni sibuk dan tak da masa nak writing segala kat blog..hehe

so post kali ni saya nak kongsi la kehidupan saya kat bumi kenyalang ni, SARAWAK..

Sekarang ni saya belajar di Universiti Malaysia Sarawak, ambil kos Asasi Sains Hayat :)

selama hampir 4 bulan saya kat sini, so far so good la, walaupun pada mulanya sangat perit untuk meninggalkan keluarga, rumah tersayang, tapi demi mengejar cita2 dan menuntut ilmu, saya tetap mengharungi segala pahit manis kat sini.

Saya dapat sahabat2 yg sgt2 memahami diri sy and kami semua saling melengkapi satu sama lain.. I Luv My Sahabat!!

Dari segi pelajaran, walaupun ada jugak pahitnya, tapi saya akan cuba convert kan semua yg pahit2 tu mnjadi manis.. :) kerana semua itu ilmu, dan ilmu itu datangnya daripada Allah SWT, maka saya sebagai seorang hambaNya amat sangat pelu sekali (ASPS!) untuk mengetahuinya..

sekian dulu post sy kali ni, insyaAllah sy akan mengupdate selalu blog ni after this..

p/s: mood skrg ni kena study and prepare for final exam in less than 3 weeks more!!

17 June 2011

update!!

Assalamualaikum..

dah lama aku xupdate blog ni..berbulan2 dah rasanya.
ye la, sejak dpt je tawaran ke UNIMAS terus dah update..huhu busy dgn segala persiapan ke Unimas laa...

lepas balik dr Kelantan <as my last post in this blog> stay xlama pun kat rumah, seminggu ja rasanya, dah brtolak ke Medan, Indonesia.. saja ja..g jejalan..hehe Stay kat situ about 1 week..

then, balik umah, stay sehari je utk basuh baju n so on...pastu dah packing2 barang2 lg utk ke UNIMAS..
esknya, naek flght kul 9.35 a.m. ke Kuching International Airport..

sampai2 tu trus g makan dulu kat kdai apa ntah, tp mkan xabes pun..huhu.. coz dah 'ketaq' sgt nak g daftar lepas tu..huhu..xlalu kowt..

then lepas dah dftar2 on 4th June, xstay lg kat unimas, sbb 6th June baru mula segala xtvt kat sini..
maka MAP pun bermula..

so, mggu ni start hari Isnin hari tu bersamaan dgn 13hb June 2011, maka bermulalah perjuangan aku di UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK..

so far kuliah2nya fun n menarik..mungkin belum masuk bab2 yg ssah lg kowt, ye la baru mggu first, baru intro to every subject..

kat sinii..mak aii..bnyk gila GROUP..Group utk PBL la, Group Lab Chemist la, Group Mentor-Mentee la, Group Lecture BI la, Group Kuliah la, mcm2 la..naek penin aku nak mengingat semua group2 tu..huhu

oookk laa..skunk ni nak g mamamm!! dah lapaq gila nii.. hahh..kat sini ada KFC tau..dalam kampus ni jgak
tp bukan Kentucky Fried Chicken, tp Keranji Food Court..haha..

sekian..wassalam..

04 May 2011

Kelantan.....

Assalamualaikum..
senyum sokmo deh sapo2 yg dok baco kawe punyo blog ni wee laahh..hihihi
kawe kecek klante cikit dih..kalu silap tu, maoh bebanyak la weh.. :-)

ok..beberapa hari ni..aku berada di bumi Kelantan ni..
hurm, Kelantan ni memang satu negeri yang best..sebab..banyak la sebab2nya..hehe

di kelantan..spesifik sikit.. kat Kota Bharu la.. erm, kat sesetengah 'traffic light' bila masuk je waktu solat, akan berkumandang lah azan.. kalau dah tak azan, akan didengarkan bacaan ayat2 suci Al-Quran..tak ke tenang tu..:)

pastu, kat sini, ada PC Depot yg besaqqq.. [sesuai bg peminat2 barang2 berkaitan komputer and etc]


ada kedai SSF Home Decor yg besaqq gakk.. [sesuai utk para ibu nak menghias rumah dgn cantik dan lawa!! or sesapa yg nak wat hantaran yg cun2 or sesapa yg minat dgn seni2 tu la..>>nak habaq seni apa pun xtau..hehe


ada Mc D, KFC banyakk.. 7-E pun ada banyakk.. [sesuai bg penggemar makanan segera or org yg minat pi kedai Seven Eleven]


ada banyak hotel budget, tp selesa jer mcm hotel 3 bintang gak..haha [sesuai utk sapa2 jer..sbb kalau hotel yg hebat tu, mmg cekik darah ar bg family..]



ada bnyk kraftangan, batik, baju2.. [sesuai utk penggemar kraftangan, kakitanga k'jaan yg kena pakai baju batik stiap hari Khamis..hihi..kalau kat Pasar Buloh Kubu tu..macam2 la ada.. eg. batik kan.. ada dari kain yg belum dijahit--kain yg ada manik2--kain yg dah siap dijahit baju kurung moden, blaus, jubah, dress labuh, kaftan(utk perempuan jer..)--kain yg dah dijahit sebagai baju kemeja utk nak g kerja, g jalan2, santai2.


tu jer kot...sebab dah panjang sgt ni..satg bosan la plak..hehe

so, silalah mari ke Kelantan..negeri yg aman.. hehe..murtad dah aku dari Kedah..

28 April 2011

Rindu Setengah Mati.....

Aku...
ingin engkau ada di sini..
menemaniku saat sepi...
menemaniku saat gundah...

berat... hidup ini tanpa dirimu..
ku hanya mencintai kamu..
ku hanya memiliki kamu..
.
aku..rindu setengah mati
kepadamu...
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu..setengah mati.....

meski....
telah lama kita tak bertemu..
ku selalu mengimpikan kamu...
ku tak bisa hidup tanpamu..

aku..rindu..setengah mati kepada mu..
sungguh ku ingin kau tahu..
aku..rindu.. setengah mati..
aku rindu..
setengah mati.....

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu.......

awat laa..pi duk teringat plak ni???tambah pulak, kawan aku sorng ni duk tmbh 'perisa' lg..huhh..adoiii...

p/s: sabar ya amiza..ada hikmah dari suma ni..ko cuma perlu brsyukur kepada Allah atas segala yg trjadi..



26 April 2011

Ajal dan Maut di tangan Allah SWT...

Assalamualaikum..

hadoiii..dah lama tak update nye punn..>>ala2  ah chai aka johan<<ngeh2..

Petang kelmarin sedang aku asyik menonton drama bersiri Indonesia yang bertajuk "Kejora dan Bintang"..lagu tema drama tu "Rindu Setengah Mati"..besh woo lagu tuu.. feeling habis lah..

Tiba-tiba 'gedeganggg....' huish bunyi apa tu?? aku jenguk kat luar..rupa2 nya ada burung excident dgn tingkap umah aku..haha..adoii..kesian burung tu. time aku tengok dia awal tu, still hidup lagi.. then aku keluar ja, tengok2 burung tu dah mati...huhuhuhuhuhu..sdeh amat.. 
aku angkat dia pun dah tak gerak langsung.. rasanya leher dia patah kot, itu yg trus meninggal time tu jgak..kesian burung tu..tak pasal2 jer mati, tu pun just  sebab langgar tingkap umah aku jer..

haa..cek dah tanam burung ni kat belakang umah semalam..innalillah..

hurm..dapat satu kesimpulan or pengajaran kat sini. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah SWT..

Kita sebagai hambaNya hanya perlu berdoa agar maut kita nanti dalam keadaan yang baik. mudah2an lah ya.. 

selain tu kena la jugak menambahkan ibadah kita kepadaNya so that kematian kita nanti baik2 jer..
ye la, segala amal ibadat n kelakuan kita di dunia akan menjadi pengukur kepada cara kematian seseorang itu.

p/s: lagu 'Rindu Setengah Mati' tu lagu yang korg tgh dgr ni la..haaa


11 April 2011

Puisi Terindah...

erm.. cup!! sblum korg baca post ni, korg kena baca post yg brtajuk 'Kisah yang telah menginsafkan diriku yang jahil ini' dulu k?? baru la korg paham apa sebenarnya yg dmaksudkan oleh puisi ini... so..enjoy it..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu


Gelisahku memikirkan dirimu

Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu



Jemput diriku pabila waktunya tiba

Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita



Jadilah dirimu kumbang yang hebat

Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar



"i've leave him for the sake of Allah"




Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang

Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti



Dan sesungguhnya hari kemudian

itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]



Untuk itu

Aku tinggalkan dirimu padaNya



Sesungguhnya

aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]



usah bersedih atas perpisahan sementara ini

jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap



Yakinlah pada janji Allah!




Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)

[An Nur: 26]


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]



Dan tika kamu merasa lemah

Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti



Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,

maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,

kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa~


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
ok, ni mmang aku copy n paste je..tp ianya benar2 menyentuh kalbu..




Kisah yang telah menginsafkan diriku yang jahil ini...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

erm..dah agak lama xtulis apa2 kat blog..
busy ke?? busy la jgak..wat pe xtau laa.. erm.. act, 2 3 ari ni slalu skt kpala..adoi..pasai paa laa...kurang supplement kot..haa..tu laa, abah n mama pesan swoh makan supplement xmao..malaih..padan muka diri, diri sndiri yg merana..huhu..



erm..asalnya nk kongsi kisah yang baru2 ni aku baca..tp dah melalut la plak..
sila bersedia ya..panjang ckit post aku kali nii..mudah2an mnjadi pengajaran buat kalian..insyaAllah..
ok..stu petang nii..senang cita, pada tanggal 9 April 2011..around kul 5.15 pm..
aku dok bkak la FB..dok tgk update2 org len..tgk notification aku..then aku snggah kat satu group nii.. group yang aku join iaitu; HALAQAH ILMU (Engineering Ummah) yang asalnya group Badar SMSKP..my previous school.. 
ok then aku ada baca satu post ni..sgt2 menarik prhatian aku utk bacanya. tajuknya brbunyi :
BERAPA KALI NAK CAKAP, COUPLE TU HARAM!!!
ok..kat sini aku akan paste kisah tu..sila lah hayatinya dengan baik..dengan penuh iman di dada..dengan penuh tawadduk...
**********************************************************************************
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tazkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. 
Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. 
**********************************************************************************
so, ini lah kisah yang aku baca..dah abes ja aku baca kesah ni..rasanya menitis jua air mataku..sgt2 menyetuh hatiku..astaghfirullahalazim..xsangka apa yang aku buat sebelum ni ttp brdosa dan tidak disukai oleh Allah SWT..

sungguhnya aku mengaku..aku memang ada hubungan yang lebih drpd seorang kwn dengan seorang lelaki.. ok, aku memang sdg mbuka pekung di dada..tp mudah2an dpt mnjadi pngajaran kpada korg yg baca post ni la, k??
erm, aku xprnah declare yg kami couple, aku nak mengaku yang aku bercinta pun.. aku sndiri geli dgn word of 'bercinta'..aku xbesa la ngan suma ni..so, aku pun xtau la apa sebenarnya relationship btween us nii.. maybe just we care about each other..dia bnyk tolong aku, dia tolong aku spya aku jadi prempuan yg lbih muslimah.. mgkn sbb tu aku trtarik dgn dia.. thnks sgt2 dkat dia..trima kasih jgak kat Allah sbb dah bg aku mengenali Islam dgn lbh dkat..melalui si dia..

hurm, sblum ni mmg aku igt cara kami ni dah ok dr sisi Islam>>we just sms each other>>we don't call, unless there's smthng is very importnt, n klu call pun, mmg xprnah sampe 5 minit,coz aku sndiri segan nak ckap, xtau apa yg nak dicakapkn,erm..slalunya antara 1 hgga 2 minit ja, mesti korg pelikkan??apa la sgt yg nak dicakapkan in just 1 to 2 minutes..haha..aku just kejut dia smbhyg je la..then bye2..:) >>brjumpa tu lg la dak>>brpegang tgn tu lg la nauzubillah, xprnah dok pikir pun nak wat gitu..astaghfirullahalazim>>

eh..cup..korang dah bosan ke baca..ok la..ok laa..aku pndekkn cita la senang ye..

so, akhirnya aku hntr satu mesej to him via FB, mesej tu aku just sruh dia baca kisah kat atas ni dalam group tu la, then aku sruh dia fikirkan dan prtimbangkan..aku harap dia faham apa yang aku nak, yakni>>berpisah>>we decided to berpisah secara aman>>he agreed..thnks sgt2 lg kat dia..hope sgt dia akan sukses dlm hdup dia, sukses dlm cita2 dia, smoga Allah berikan yang terbaik buat dia dalam apa jua yang dia lakukan..n of coz sukses di akhirat nanti..

untuk si dia (tu pun kalau dia baca):
kalau ditakdirkan kita ada jodoh, insyaAllah Dia akan menemukan kita dgn cara yg lebih indah, dan kita akan bersama buat selama2nya hingga ke syurga..akhir sekali,maafkan ana kalau ana ada sakitkan hati anta sepanjang kita brhubung..terima kasih atas segala nasihat anta kpada ana, ana akn slalu igt suma tu..Assalamualaikum..
Allah dah berjanji...seperti dlm gambar bwah ni...

so skrg ni kami ikut haluan masing2..aku dgn jalan hdupku, dia dgn jalan hdupnya..

last but not least, carilah cinta Allah SWT dan jgn trlalu mengejar cinta manusia yg belum tentu kekal buat selama-lamanya..

wallahualam...

06 April 2011

Continuation.. :)

hurm..ni cntinue pasal post aku yg klmarin..
act, aku rasa brsykur sgt2 sbb aq dpt insaniah tuu is bcoz of aq rasa aq masih ada peluang jadi doktor..
ye la even dgn result aq yg xseberapa nii..ada jagk yg trima aq..huhu..
even UniKL pun xtrima eh..waaaa...sdey..

tp bila pikir2 balik.. hurmm.. KUIN...

kena blajaq arab meh..hua3..
aku ni dah la xdak basic arab pown.. seram eh..
sem 1 xblajaq arab lgi, sem 2 n sem 3 kena blajaq arab lorh..
takutnya..mana nak cover sbject2 len lgi... nk blajaq arab from zero lgi.. adess..gena laa..
dgar cita kena jd hafizah lg.. dugaan tuu.. aku ni bkannya cemerlang sgt utk nak wat suma tuu.. igtan aku ni dah la lemah ckit..

hurm..mudah2an Allah bantu aku dengan prmudahkan jalanku utk mnggapai impianku itu..

05 April 2011

ALLAHUAKBAR!!

sesungguhnya Allah SWT telah menetukan yang terbaik utk hambaNya..

kelmarin aku sedih sgt coz xberjaya dalam prmohonan kat UniKL..aku memang rasa down abes ar.. rasa mcm diri ni dah berguna lgsg..rasa mcm segala benda yang jelik2 tu aku..

Astaghfirullahalazim...jahilnya aku.. aku terlalu cepat melatah.. cepat lupakan ALLAH SWT ..
Allah Yang Maha Berkuasa atas segala di dunia dan di akhirat.. Allah Yang Esa dalam dunia nii.. Allah Yang Maha Besar.. Allah Yang Maha Pemberi Rezeki.. Allah Yang Maha Membukakan pintu2 kejayaan buat hambaNya..Allah Yang Maha Amat Mengetahui baik buruk masa depan hambaNya...

ada sahabat sorg ni, bila aku cita kat dia perasaan aku ni.. dia balas mesej aq yg berbunyi....

" astaghfirullahalazim, anti, jgn ckp cm 2, skli anti mengeluh psl takdir yg ditentukan oleh Allah, pahala anti hlg ibrt panah yg dlepaskan dari busur tau, cpt je, sbr j la.. ad hkmah Allah wat jd cm 2"

Ya Allah..mmg aku dapat merasakan hikmahnya kalau aku xdapat kat situ.. syukur Ya Allah!!
hikmahnya.. maaf la ye.. aku xbleh nak share kat suma org..biarla diri aku dan Allah SWT saja yg tau apa hkmah yg Dia dah beri kat aku..

Alhamdulillah.. hari ni aku dapat berita plak kata aku diterima di Kolej Universiti Insaniah (KUIN)..

syukran Ya Rab...aku harap agar hajat aku tercapai, hajat mama n abah tercapai utk melihat aku menjadi seorang Doktor.. InsyaAllah..mudah2an..

TERIMA KASIH YA ALLAH!!

04 April 2011

Tekad!!

hurm... rasanya hati ni dah sebulat suara ckap bhawasanya...

Amiza Zaiyana akan meneruskan pengajiannya dalam bidang Medic..

I want to do MBBS!!

wah2..yakin giler la plak.. 

so...really2 hope akan dpt asasi sains kat mna2 pun jua.. asalkan diri ini dapat meneruskan cita2 trsebut!!

hurm..klu nak diikutkan bagos jgak klu jd doktor nii..coz doktor ni merupakan salah satu fardhu kifayah dalam Islam.. hehe.. :)

walaupun agak killer la course nii.. tp hopefully aq leh wat..huhu..

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan....


03 April 2011

Harapanku..

MBBS..


@

Engineering..


Ya Allah, hambaMu memohon agar Engkau tentukanlah masa depanku yg trbaik...

29 March 2011

Alhamdulillah...........

"Alhamdulillah.. syukur nikmat.. kepada Tuhan yang memberi rahmat..."
eh.. lagu Sh. Aini la plakk.. kihkihkih...

erm.. sebenarnya ana amatlah brsykur dgn segala nikmat yg telah ALLAH SWT telah kurniakan kepada diriku ini..

Sesungguhnya benarlahh janji2 ALLAH SWT...
bahawa sesiapa yg brbuat kebaikan, sudah pasti Allah akan membalas segala kebaikannya itu..
bukan hanya m'balas sama bnyk dengan apa yang telah insan itu lakukan tetapi m'balas dengan jumlah yg brlipat kali ganda.. SUBHANALLAH...

ahahh!! ni ada lgi prkongsian dengan kalian..mudah2an dpat m'beri sedikit ilmu pengetahuan kpada kalian.. INSYAALLAH....

Allah SWT telah bnyk m'berikan nikmat kepada hamba2Nya.. sama ada nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat anggota badan seperti mata...telinga...mulut...lidah...hidung...kaki...tangan...perut..., selain drpd tuu.. ada jugak nikmat kelazatan, nikmat kebahagiaan dan macam2 lagi larhhh...

Kalau nak dihitung berapa bnykkah nikmat yg Allah kurniakan kpada diri kita yg hina ini..MASYAALLAH..mmg xcukup spnjang hdup kta utk mengetahuinya.. seperti apa yang di firman oleh Allah SWT : 

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
(Surah an-Nahl, ayat 18)

Sekiranya Kita Bersyukur..Allah akan Menambah NikmatNya....

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai : setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang abadi' 

ok!!  secara umumnya.. nikmat Allah ni trbhagi kpada dua iaitu : 

  1. Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika mereka dilahirkan lagi..
  2. Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari semasa ke semasa..
ni ada serba sikit firman2 ALLAH SWT brkaitan ngan nikmat2Nya..

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." 
(Surah an-Nahl, ayat 144)

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." 
(Surah al-Naml, ayat 40)

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." 
(Surah Ibrahim, ayat 7)

sekian dahulu la yee post ana kali nii...
smoga kalian dpt pengajaran drpd post ari nii..

ya inngggsooommmm matakajiiii semanniii senghh...
tutup la sdah post niii...

28 March 2011

budakk baru blajar merangkak..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
sesungguhnya..dengan ini saia ingin mengumumkan pmbukaan blog SukaHatiGila.. hehehe...
erm actually.. bnyk gak la sbb2 yg telah menyebabkn blog ini trhasil..

1.   rasa jelez tgk kkwan len ada blog yg cun melecun..hhehe..
2.   rsa cm nk try gakk..rasa cm ok gak klu blog ni dpat menyebarkn ilmu.. :) jadi khalifah di bumi nii seperti apa tujuan sebenar Allah SWT mencipta manusia.. nih ada ckit prkongsian:

 TITLE: DIALOG ALLAH DENGAN PARA MALAIKAT

 Apabila Allah SWT hendak menjadikan manusia yang pertama di muka bumi ini, maka Allah SWT memberitahu para Malaikat bahawa Dia akan menjadikan sejenis makhluk yang berlainan daripada Malaikat dan juga tidak sama dengan makhluk2Nya yang lain pd waktu itu. Makhluk yang dimaksudkan itu adalah manusia. Manusia akan menjadi khalifah dimuka bumi ini untuk membangunkan dunia ini sebagai tempat menjalani kehidupan. Dialog Allah SWT dengan para Malaikat tentang kejadian awal manusia.

 Allah berfirman kepada Malaikat : "Aku akan menjadikan di atas muka bumi ini khalifah(yakni manusia)"

  Para Malaikat menjawab : "Apakah Engkau ya Allah akan menjadikan khalifah di atas muka bumi ini? mereka yang akan melakukan bencana dengan menumpahkan darah sesama sendiri, sedangkan kami makhluk yang sentiasa beribadat dengan bertasbih, bertahmid dan mengucap Subhanallah kepada Engkau." 

 Allah menjawab kepada para Malaikat : "Sesungguhnya aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui" (surah Al-Baqarah; ayat 30)

Dengan jawapan tersebut semua Malaikat akur dan mengakui bahawa sesungguhnya Alah SWT itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Lalu Allah menjadikan manusia walaupun mendapat bantahan daripada para Malaikat....

3.   juga atas pndangan kakakku!! ALYAA LIYANA aka ACIK!!
4.   atas galakan sorang sahabat nii.. ADAM..yang juga my first follower!! maceh..hehe :)
5.   tu jer kowt.. hihihihihi