Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

06 October 2014

Tahun Ketiga

Assalamualaikum wbt. (Salam sejahtera ke atas kamu)

Entry pertama bagi tahun 2014. Banyak yang dah berlaku. Suka duka. Semuanya hanya kekal menjadi kenangan dan memori hidup.

1 September 2014. Merupakan hari pertama bagi tahun ke-3 pembelajaranku di bumi soviet ni. Tekanan mula dirasai hari demi hari, minggu demi minggu. Sekarang dah masuk bulan ke-2 bagi semester 5. Colloq dah mula meredah tanpa mempedulikan aku. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana Allah sentiasa membantu aku melalui semua ujian yang diberikanNya. Sama ada ujian dari segi emosi atau pelajaran. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Hanya kepadaMu aku berdoa, meminta, berharap, mengadu dan bergantung.

Subjek yang dipelajari makin sukar, misalnya, Pharmacology, Pathology Anatomy, Pathology Physiology, Internal Diseases dan Special Microbiology.

5 Oktober 2014. Hari Raya Aidil Adha. Buat pertama kalinya aku tidak dapat solat sunat Aidiladha di Kedutaan Malaysia sebabnya ada kelas pada pagi tu. Tapi aku tetap pergi ke sana setelah tamat kelas. Malam raya, berkumpul di rumahku dan kami takbir raya bersama-sama. Dan buat kali pertamanya aku masak rendang! :) Alhamdulillah sedap kata teman serumah. Seperti biasa, hari rayaku tak lengkap tanpa lontong. Jadi tahun ni, aku masak lontong lagi and its much better than last year's.




Doakan agar aku dikurniakan kesabaran, ketabahan, kekuatan, petunjuk dari Allah SWT untuk menjalani hari-hari yang mendatang.

#esokadakelaspentingtapisempatupdatebloglagi:3