Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

04 January 2013

Welcome back!


Assalamualaikum wbt

Setelah berbulan-bulan lamanya saya menyepi daripada menulis blog, Alhamdulillah kini saya diberikan masa untuk update blog ni lagi J sebab sekarang ni tengah cuti seminggu sempena tahun baru, tahun 2013. 

Happy New Year! :D


Tahun Baru? Hurm.. mesti ramai yang dah tanam azam baru masing2 kan? Bagus3x J Teruskan dengan azam korg ya. Mudah2an azam tahun ni dapat tercapai sebelum munculnya lagi tahun baru. Ouh ya, dalam seronok2 sambut tahun baru nih, jgn pulak lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah Allah bagi kepada kita sepanjang tahun 2012 tau! :)

Kita perlu ingat juga bahawa dengan bertambahnya tahun, makin bertambahlah umur kita, maka makin dekatlah kita dengan kematian. InsyaAllah kita sama2 memperingatkan diri kita dengan hakikat yang sudah pasti akan tiba sama ada cepat atau lambat. Wallahualam. Kematian adalah sesuatu yg telah ditetapkan oleh Allah SWT sebaik sahaja roh kita ditiup ke jasad kita yg pada waktu itu masih di dalam perut ibu kita. 

Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, yg bermaksud;
“Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam Rahim ibu selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah (sperma), kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sengsara atau bahagianya…..”
[ Riwayat al-Bukhari dan Muslim ]

Ouh ya, meh nak kongsi sikit sebanyak kenangan2 saya dalam tahun 2012 J

Pada awal tahun 2012 saya masih menuntut di Unimas, Sarawak dlm kursus Asasi Sains Hayat. Alhamdulillah sepanjang berada di sana, banyak kenangan pahit manis suka duka yg saya dapat. Yang paling hebat dan Subhanallah adalah, saya dapat sahabat2 yg Subhanallah lah. Maaf.  Tiada kata2 yg dpt saya gambarkan bagaimana istimewanya sahabat2 saya tu. Alhamdulillah aku bersyukur padaMu ya Allah J

me, atie, piqah, atin, tiqah :)


Dalam pertengahan bulan Mei, saya telah menamatkan pengajian saya di Unimas J Alhamdulillah. Keputusan keseluruhan pun Alhamdulillah. Tapi dengan takdir Allah, keputusan yang saya dapat tu, tak cukup melayakkan diri ini melanjutkan peringkat ijazah dlm bidang Kedoktoran *skemanya aku* kat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas. Hurm. Yakinlah bahawa Allah knows the best! J *pujuk hati sendiri*

So takpa, hidup mesti diteruskan! Hurm, bulan August lepas raya aidilfitri bertambahlah seorang lagi abang ipar! Wee~~ Alhamdulillah kakak keduaku telah selamat diijab kabul J bulan September pulak! Kakak yg ketiga pulak bertunang. Hehe. Bakal bertambahlah lagi abang ipar! J ehh maka dengan itu, tinggallah daku keseorangan tanpa jodoh. :D Tidak mengapa wahai hati, LA TAHZAN J Jodoh bagi setiap org itu telah ditentukan olehNya. InsyaAllah samada cepat atau lambat, kita pasti akan bertemu dgn jodoh masing2. Tinggal sahaja sekarang ni berdoa agar dijodohkan dengan orang yang beriman. InsyaAllah. Allah telah berjanji, lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik, begitu juga perempuan yang baik itu untuk lelaki yg baik.

30hb Oktober; aku berlepas dari KLIA – Amsterdam – Moscow J Alhamdulillah aku dapat melanjutkan pelajaran di bumi Moscow. Course General Medicine. Hurm insyaAllah akan menempuh suka duka di sini selama 6 tahun. Moga diri ini terus tabah. Bukan senang sebenarnya hidup di perantauan ni. InsyaAllah next post saya akan kongsi cerita lagi kisah saya di bumi Moscow ni J
Ok, rasanya macam dah banyak sangat menulis ni. Nak sambung study anatomy! Killer subject for first year. Huhu. Doakan saya berjaya ya J

~anatomy anatomy anatomy~


3 comments:

  1. kejap 'saya', kejap 'aku'.. haha..
    all the best ye ;)

    ReplyDelete
  2. erk huhu masih blur2 menulis blog yg dah lama ditinggalkan. heheh. terima kasih awak :) May Allah bless you

    ReplyDelete