Assalamualaikum wbt
Setelah berbulan-bulan lamanya saya menyepi daripada menulis
blog, Alhamdulillah kini saya diberikan masa untuk update blog ni lagi J sebab sekarang ni
tengah cuti seminggu sempena tahun baru, tahun 2013.
![]() |
| Happy New Year! :D |
Tahun Baru? Hurm.. mesti ramai
yang dah tanam azam baru masing2 kan? Bagus3x J
Teruskan dengan azam korg ya. Mudah2an azam tahun ni dapat tercapai sebelum
munculnya lagi tahun baru. Ouh ya, dalam seronok2 sambut tahun baru nih, jgn pulak lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah Allah bagi kepada kita sepanjang tahun 2012 tau! :)
Kita perlu ingat juga bahawa dengan bertambahnya
tahun, makin bertambahlah umur kita, maka makin dekatlah kita dengan kematian.
InsyaAllah kita sama2 memperingatkan diri kita dengan hakikat yang sudah pasti
akan tiba sama ada cepat atau lambat. Wallahualam. Kematian adalah sesuatu yg
telah ditetapkan oleh Allah SWT sebaik sahaja roh kita ditiup ke jasad kita yg
pada waktu itu masih di dalam perut ibu kita.
Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, yg
bermaksud;
“Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam Rahim ibu selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah (sperma), kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sengsara atau bahagianya…..”
[ Riwayat al-Bukhari
dan Muslim ]
Ouh ya, meh nak kongsi sikit sebanyak kenangan2 saya dalam
tahun 2012 J
Pada awal tahun 2012 saya masih menuntut di Unimas, Sarawak
dlm kursus Asasi Sains Hayat. Alhamdulillah sepanjang berada di sana, banyak
kenangan pahit manis suka duka yg saya dapat. Yang paling hebat dan Subhanallah
adalah, saya dapat sahabat2 yg Subhanallah lah. Maaf. Tiada kata2 yg dpt saya gambarkan bagaimana
istimewanya sahabat2 saya tu. Alhamdulillah aku bersyukur padaMu ya Allah J
![]() |
| me, atie, piqah, atin, tiqah :) |
Dalam pertengahan bulan Mei, saya telah menamatkan pengajian
saya di Unimas J
Alhamdulillah. Keputusan keseluruhan pun Alhamdulillah. Tapi dengan takdir
Allah, keputusan yang saya dapat tu, tak cukup melayakkan diri ini melanjutkan
peringkat ijazah dlm bidang Kedoktoran *skemanya aku* kat Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan Unimas. Hurm. Yakinlah bahawa Allah knows the best! J *pujuk hati sendiri*
So takpa, hidup mesti diteruskan! Hurm, bulan August lepas
raya aidilfitri bertambahlah seorang lagi abang ipar! Wee~~ Alhamdulillah kakak
keduaku telah selamat diijab kabul J
bulan September pulak! Kakak yg ketiga pulak bertunang. Hehe. Bakal bertambahlah
lagi abang ipar! J
ehh maka dengan itu, tinggallah daku keseorangan tanpa jodoh. :D Tidak mengapa
wahai hati, LA TAHZAN J
Jodoh bagi setiap org itu telah ditentukan olehNya. InsyaAllah samada cepat
atau lambat, kita pasti akan bertemu dgn jodoh masing2. Tinggal sahaja sekarang
ni berdoa agar dijodohkan dengan orang yang beriman. InsyaAllah. Allah telah berjanji,
lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik, begitu juga perempuan yang baik
itu untuk lelaki yg baik.
30hb Oktober; aku berlepas dari KLIA – Amsterdam – Moscow J Alhamdulillah aku dapat
melanjutkan pelajaran di bumi Moscow. Course General Medicine. Hurm insyaAllah
akan menempuh suka duka di sini selama 6 tahun. Moga diri ini terus tabah. Bukan
senang sebenarnya hidup di perantauan ni. InsyaAllah next post saya akan kongsi
cerita lagi kisah saya di bumi Moscow ni J
Ok, rasanya macam dah banyak sangat menulis ni. Nak sambung
study anatomy! Killer subject for first year. Huhu. Doakan saya berjaya ya J
![]() |
| ~anatomy anatomy anatomy~ |



kejap 'saya', kejap 'aku'.. haha..
ReplyDeleteall the best ye ;)
all the best awak di sana ~~
ReplyDeleteerk huhu masih blur2 menulis blog yg dah lama ditinggalkan. heheh. terima kasih awak :) May Allah bless you
ReplyDelete