Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

22 January 2013

Apa tujuan hidup manusia?

Assalamualaikum wbt.

Allah SWT menciptakan manusia untuk berada di muka bumi ini bukannya untuk suka-suka. Bukannya untuk saja ingin memenuhi setiap inci bumi ini. Tetapi ada tujuan khasnya. Iaitu untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah.
  • Ibadah 
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" (51:56) 
  •  Khalifah
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.' Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?' Dia berfirman, 'Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.' " (2:30)
Kita telah diberikan amanah yang besar ini oleh Allah SWT, maka dengan itu kita seharusnya memegang amanah ini dengan sebaik-baiknya. Ya sememangnya amanah yang diletakkan di atas bahu kita ini bukanlah calang2 amanah. Ianya amanah yang sangat berat sehinggakan gunung-ganang, langit dan bumi semuanya menolak amanah ini kerana bimbang mereka tak mampu untuk menampungnya. 
"Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh." (33:72)

Apakah amanah ini sebenarnya? Ianya adalah ISLAM. Setelah amanah ini ditolak oleh langit, bumi dan juga gunung-ganang, Allah telah meletakkan amanah ini kepada manusia. Wahai manusia, janganlah risau akan beratnya amanah ini. Ingatlah bahawa Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya melebihi apa yang termampu untuk ditanggung. 

Apa2pun ini bukan bermakna hidup kita ini hanya perlu dipenuhi oleh ibadah dan menyampaikan kebenaran Islam sahaja. Ingat semula bahawa kita ada Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. 

Dunia ini hanyalah tempat untuk kita menyemai, menanam tanaman kita dan akhirat adalah tempat untuk kita menuai hasil tanaman itu. Janganlah penat untuk mengumpul pahala dan amal kebajikan sementara roh masih ada pada jasad kita kerana Allah telah menjanjikan syurga buat hamba2Nya yang beriman kepadaNya. InsyaAllah. 

Akhir sekali, jom kita muhasabah diri. Apakah tujuan hidup kita ini sebenarnya? Adakah kita berada di landasan tujuan hidup yang benar? Adakah kita berusaha ke arah tujuan hidup kita yang sebenarnya? 

Wallahualam. Andai ada yang tersilap, tegurlah. Sungguh diri ini masih terkapai-kapai mencari redha Ilahi. 

No comments:

Post a Comment