Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

05 May 2013

Apa nak jadi?

Sedih. Hampa. Kecewa. Semua ini apa yang aku rasa tatkala melihat saudara seagamaku yang diri mereka masih dijajah jahiliyah. Masih dijajah pemikiran sekularisme, yakni mengasingkan antara agama dengan perbuatan seharian, mengasingkan antara agama dengan pentadbiran, mengasingkan agama dengan pendidikan, mengasingkan agama dalam perbankan serta mengasingkan agama dengan  perundangan.

Siang tadi pergi teman rumet untuk bincang pasal Ini Sejarah Kita (ISK) dengan murabbiyah, sebabnya waktu daurah hari tu, dia tak dapat hadir. So, this is my third daurah that mentioned about ISK. First, waktu aku berada kat asasi di Unimas dulu. Second, dekat bumi Moscow, beramai2 dalam daurah. Third, dengan rumet terchenta. Okay, memandangkan aku dah 3 kali dapat input pasal ISK nih, sepatutnya aku dah amat sangat memahami dan pro dalam tajuk ni kan. InsyaAllah mudah2an. The main story was, just now we're imaging, how would this world turn into, if most of people on this earth, KNOW and UNDERSTAND ISLAM by using their heart/qalbu? How? MashaAllah! Our world will full of harmony, peace and bless. Subhanallah. Seronoknya!

Untuk mencapai suasana yang sebegitu di alam ini, apa yang penting sekali adalah, semua umat Islam perlu mula dari bawah. Perlu membina akhlak dan iman yang kukuh dalam diri masing2 dahulu sebelum bertindak di aras yang lebih tinggi, contohnya peringkat politik/kerajaan.

Semuanya kena bermula dengan MEMAHAMI apa itu ISLAM. Adakah kita hanya ingin menjadi Islam pada nama sahaja atau Islam yang sebenar-benar Islam iaitu dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan mengamalkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w..

Things to ponder!
Kenapa Allah wujudkan kita di bumi ini?  Adakah hidup kita ini hanya sia2? Jadi, jom kita fikir balik apa tujuan hidup kita? Boleh rujuk balik dua entry sebelum ni. Klik sini meh


*Sekularisme--> konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama. 
*ISK-Ini Sejarah Kita--> salah satu tajuk penting dalam silibus usrah/daurah, mengenai sejarah Islam umumnya.  

Wallahua'lam. Segala yang buruk itu datang daripada diriku sendiri, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT. 

02 May 2013

K. A. R. M. A.

Assalamualaikum warahmatullah.

Pernah tak terfikir bahawa apa yang kita pernah buat dekat orang lain akan patah balik dekat diri kita sendiri. Pernah tak fikir?

Kadang kala bila seseorang itu buat sesuatu perkara yang menyakitkan hati kita, kita akan mula merungut, mengata, mengutuk orang itu. But, why don't we reflect ourself? Mungkin kita pernah buat orang lain sakit hati jugak.

Let's take one example. Aku rasa sakit hati dan tak suka bila budak bilik aku yang sorang ni meyanyi, melalak dengan kuatnya tak kira masa. Aku nak ja marah dia. Aku nak ja suruh dia berhenti buat perkara annoying gitu. But then, aku tefikir, mungkin jugak sepanjang aku hidup ni maybe aku ada pernah ja menyanyi, melalak gitu sampai ada orang yang sakit hati dengan aku. Aku tak tahu. Aku tak pernah tahu hakikat ni. Dan aku takkan pernah tahu selagi tak ada orang yang bagitau. So end up, I just remain silence. Just swallowed my anger. Just try my best to be more patient. Maybe Allah has sent her here, around me, to allow me to practice PATIENT in daily life.

This is what we called as KARMA. Apa yang kita buat pada orang lain akan berbalik semula kepada kita. Jom tengok satu analogi. Bila kita main squash, kita akan pukul bola tu ke dinding, lumrahnya bola tu akan patah balik kat kita kan? Sama ada kita dapat pukul semula bola tu atau bola tu sendiri akan terkena diri kita. So the same thing occur in our life. Hence, guys! Let us check our own self. Think what have we done to others. What would be the consequences to ourself in the future? In a simple word, let's MUHASABAH DIRI!

Renung2kan dan selamat beramal! :D

22 January 2013

Apa tujuan hidup manusia?

Assalamualaikum wbt.

Allah SWT menciptakan manusia untuk berada di muka bumi ini bukannya untuk suka-suka. Bukannya untuk saja ingin memenuhi setiap inci bumi ini. Tetapi ada tujuan khasnya. Iaitu untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah.
  • Ibadah 
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" (51:56) 
  •  Khalifah
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.' Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?' Dia berfirman, 'Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.' " (2:30)
Kita telah diberikan amanah yang besar ini oleh Allah SWT, maka dengan itu kita seharusnya memegang amanah ini dengan sebaik-baiknya. Ya sememangnya amanah yang diletakkan di atas bahu kita ini bukanlah calang2 amanah. Ianya amanah yang sangat berat sehinggakan gunung-ganang, langit dan bumi semuanya menolak amanah ini kerana bimbang mereka tak mampu untuk menampungnya. 
"Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh." (33:72)

Apakah amanah ini sebenarnya? Ianya adalah ISLAM. Setelah amanah ini ditolak oleh langit, bumi dan juga gunung-ganang, Allah telah meletakkan amanah ini kepada manusia. Wahai manusia, janganlah risau akan beratnya amanah ini. Ingatlah bahawa Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya melebihi apa yang termampu untuk ditanggung. 

Apa2pun ini bukan bermakna hidup kita ini hanya perlu dipenuhi oleh ibadah dan menyampaikan kebenaran Islam sahaja. Ingat semula bahawa kita ada Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. 

Dunia ini hanyalah tempat untuk kita menyemai, menanam tanaman kita dan akhirat adalah tempat untuk kita menuai hasil tanaman itu. Janganlah penat untuk mengumpul pahala dan amal kebajikan sementara roh masih ada pada jasad kita kerana Allah telah menjanjikan syurga buat hamba2Nya yang beriman kepadaNya. InsyaAllah. 

Akhir sekali, jom kita muhasabah diri. Apakah tujuan hidup kita ini sebenarnya? Adakah kita berada di landasan tujuan hidup yang benar? Adakah kita berusaha ke arah tujuan hidup kita yang sebenarnya? 

Wallahualam. Andai ada yang tersilap, tegurlah. Sungguh diri ini masih terkapai-kapai mencari redha Ilahi.