Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

06 February 2012

Sahabat

Assalamualaikum..

sahabat saya ni namanya Fatin Atiqah Hairudin ..

kami saling mengenali sejak saya masuk ke UNIMAS.

dari Minggu Aluan Pelajar lagi kami berkenalan..hehe alhamdulillah sampai sekarang..

ni la dia fatin atiqah =) masa sem 1..

dia ni la yang memperkenalkan kepada saya lagu I Believe from Irfan Makki ft Maher Zain =)

p/s : lagu yang saya letak dlm blog ni haa..

kalau saya ada kesempatan waktu, semestinya akan update blog saya tentang dirinya ya..

insyaAllah.. dialah sahabat saya dunia akhirat.. Amin..

sekian.. wallahualam <3

01 November 2011

Final Exam

Assalamualaikum..

okay, sekarang ni dah mula busy dengan study sebab my FINAL EXAM is coming up!!!
Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini..
study week dah mula sejak hari sabtu tu lagi, sampailaa hari Isnin minggu depan...
ye laa..hari Selasa, 8/11/2011 exam dah mula!! pertempuran bermula!! haiyakk..hehe

dalam busy study ni, jangan pula lupa untuk beribadah kepada Allah, jangan ingat nak study jer, tapi tinggalkan ibadah.. nauzubillah minzalik..

kita perlu ingat Allah setiap masa, tak kira sama ada waktu kita senang atau susah..
jangan la cuma ingat Allah bila kita ditimpa masalah ja..


wahai sahabat..doakan daku ya..agar dipermudahkan urusanku..insyaAllah

22 October 2011

Busana Muslimah

 Assalamualaikum..

post kali ini ana nak cerita pasal Muslimh Day yang telah dijalankan di Kolej Seroja, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)..<<tempat ana study sekarang ni..
malam ni, ada program Busana Muslimah, yakni, pemakaian seorang perempuan mengikut syarak dan garis panduan dalam Islam. Ada banyak slot, antaranya slot untuk pemakaian sukan @ riadah, pemakaian kasual, dan pemakaian formal. Selain tu, ada juga cara untuk kita matching kan pakaian kita dengan tudung, armsocks/handsocks dan lain2.. Ada juga, tutorial cara2 pemakaian tudung bawal biasa, shawl/selendang/pashmina/etc.., dan tak lupa cara pemakaian tudung bidang besar (45,50,60) dengan lebih kemas..

macam2 ragam daripada pelajar2 UNIMAS terutamanya pelajar2 Asasi Sains kat sini, yang dah macam satu keluarga.. kami, para 'juru runding fesyen' juga ada menekankan tentang kepentingan menjaga aurat ketika memakai mana2 jua fesyen pakaian sekarang.. Asalkan pakaian tersebut memenuhi kehendak Allah..

mudah2an semua yang hadir pada malam tadi, mendapat hidayah daripada Allah untuk berubah ke arah yang lebih baik dan mulia agar mendapat keredhaan Allah SWT dalam menjalani kehidupan di muka bumi ni, yakni ciptaan Allah SWT.. INSYAALLAH...

sekian :)